Tidak seperti sedekah secara biasa, penerima Zakat telah ditetapkan oleh Allah swt dalam surah At-Tawbah, ayat 60. Lapan golongan atau lapan asnaf ialah:
1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian; yang sangat sengsara, yang tidak mempunyai aa-apa unutk menampung keperluan harian.
2. Miskin
Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi unutk menapung keperluan asas harian.
3. Amil
Seseorang yang dilantik untuk memungut zakat dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan zakat.
4. Muallaf
Seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab
Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada perhambaan.
6. Gharimin
Seseorang yang terpaksa berhutang unutk menampung kerperluan asasnya.
7. Fisabillilah
Seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat.
8. Ibnussabil
Musafir yang terkandas dalam perjalanan.